Mungkin ini yang pertama dan bukan yang terakhir....
Di suatu mlm yang indah, ditemani gerimis halus membasahi Swift 5887, tanpa paluan kompang dan rebana, empat sekawan meluncur laju menuju ke teratak ilmu nun jauh di tronoh, Perak. Walau pelbagai rintangan dan dugaan yang dialami di siang hari
(mcm xleh cuti ngn bos, keje belambak, jalan jam etc), empat sekawan tetap tersenyum manis girang ketawa sambil menanam tekad di hati masing-masing untuk meneruskan pelayaran yang sudah hampir lima purnama ditinggalkan dengan cemerlang dan jayanya. Doa dipohon agar pelayaran dapat diteruskan tanpa gangguan dari anasir luar yang menyimpan dendam dan iri hati.
Masih segar dalam ingatan empat sekawan, sebermula dengan satu persidangan yang ringkas, kerawitan ini tekad untuk melayari lautan api yang mungkin bisa menenggelami bahtera ini. Begitu payah sekali bahtera ini sukar dibina. Dengan badai yang menimpa-nimpa
(mcm Ibu Sani x reply email, postpond tarikh, sponsor x cukup and etc) namun, kerawitan ini tidak mudah putus harapan. Dengan kebijaksanaan dan ketokohan yang hebat, seorang pemuda gagah dan tanggungjawab, telah menjadi nakhoda dan mengemudi pelayaran ini
(credit to En. Mad). Sang nakhoda dimakhotakan dan diberi sepersalinan lengkap nakhoda gagah.
Sauh ditarik, kemudi diputar dan layar dinaikkan. Sang nakhoda mula mengarahkan para kerawitan meneruskan pelayaran. Bahtera mula membelah lautan meredah ombak samudera menuju ke Pulau Jawa yang memetakan Yogyakarta dalam peta dunia. Setiap ahli kerawitan mula menjalankan tanggungjawab memainkan alunan muzik yang bisa membuatkan hati-hati para penduduk sekitar terpegun dan terkesima. Tekad di hati masih satu, melahirkan yang terbaik untuk tatapan warga teratak ilmu yang disayangi juga negara yang tercinta.
Samudera yang luas mula diselami untuk mencari harta-harta karun dan khazanah berharga yang tersembunyi jauh di dasarnya. Borobodur juga dilawati agar tidak menyesali di kemudian hari. Kraton yang mungkin tidak pernah diketahui kewujudan nya juga disinggahi. Syukur, teman-teman dari dunia berbeda sungguh bermurah hati membuka pintu Malioboro buat kerawitan ini yang sungguh menagih kan harta-harta di sana. Kerawitan mengorak langkah pantas dan bertenaga mencari pelbagai sumber berkenaan Yogyakarta untuk dijadikan kenang-kenangan mungkin pahatan di hari mendatang.
(Credit to Syazwan, Zul, Aisyah, Rupa, Re'an, Ain, Marzuki, Kecik, Amru, Faris and etc). Teman-teman semua sudah terpahat di dalam hati empat sekawan khususnya.
Para kerawitan yang diamanahkan tetap sedia dengan pengetuk di tangan, mengalunkan lagu, membunyikan irama, membetuk satu rasa yang bisa meninggalkan kesan hingga ke lubuk sanubari. Rasa gementar dilempar jauh, rasa penat dilontar ketepi.
Betapa hati ini meronta mahukan ingatan ini tidak luntur ditelan badai, tidak kering disambar kemarau berpanjangan.
Namun, bahtera ini harus meneruskan pelayaran pulang membawa harta-harta juga ilmu-ilmu yang bisa diturunkan kepada kerawitan seterusnya. Setelah berhempas pulas tenaga mengharungi lautan ini, akhirnya apa yang dihajati terlaksana. Sauh dilabuhkan, dan layar diturunkan. Para kerawitan harus meneruskan urusan-urusan yang sudah ditinggalkan selama lima siang yang mungkin tidak dapat digantikan dengan apa jua ingatan. Cuma, coretan potret dari kotak-kotak lensa bisa menyimpan memori ini untuk di kongsi bersama teman-teman yang lain. Sesungguhnya,
Cintaku Tertinggal Di Yogyakarta.p/s: do check this website for detail
http://melayuonline.com/news/?a=b05Ucy91UGlaM1ZBY2E%3D=