Keinsafan Ramadhan
"Dengan ini, saya pemegang mohor-mohor besar Raja-raja Melayu mengishtiharkan, tarikh puasa bagi tahun ini jatuh pada 22hb Ogos 2009..."

hatiku terus terlonjak-lonjak keriangan. Alhamdulillah. aku masih berpeluang bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini, bulan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah sekali lagi. sungguh tidak ku sangka, masa begitu pantas berlalu. Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir aku rai kan bersama teman-teman seperjuangan. mungkin lepas ini masing-masing di haluan sendiri. membawa segala ilmu didada menempuhi segala badai yg ada di luar sana.

kali ini, Ramadan hadir sekali lagi dalam hidupku. kali ini, ia hadir di tahun akhir ku di universiti. ku harapakn Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku. Kuatkan diri, banyakkan bersabar. Banyakkan beribadat. Agar segala amalan ini diterima. Amin. Kepada semua, sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, sepuluh jari kususun memohon maaf. Bersama-sama kita berubah ke arah kebaikan. Insyaallah.

-Monolog-
3 Responses
  1. RuGGers |8| Says:

    ho2..
    jgn r sedih2..
    mngkn ni ramadhan terakhir as a student but lets pray it is not our last one..b'sme kite menggunakan segala peluang y ade..amin3..


  2. oyenks Says:

    selamat berpuasa ;)


  3. Anonymous Says:

    Hehe nape sedey2 ni? Bula pose ni kan bulan yg mulie..bulan yg bole mengurangkan berat badan :p